Pembolehubah
ialah perkara-perkara yang perlu ada dalam sesuatu eksperimen dan dapat
mempengaruhi hasil atau keputusan eksperimen.
Pembolehubah dimanipulasi (things to be changed)
Perkara yang
berbeza,berlainan atau tidak sama sebelum eksperimen
dijalankan seperti saiz,bentuk,bilangan,suhu dan sebagainya.
Pembolehubah bergerak balas (things to be observed)
Perkara-perkara yang
bertindak balas ,perkara yang berbeza,berlainan atau tidak sama selepas eksperimen dijalankan.Biasanya adalah hasil
keputusan eksperimen.
Pembolehubah dimalarkan (things kept the same)
Perkara yang
sama,tidak berubah sepanjang eksperimen dijalankan.Ia perlu ditetapkan agar
tidak mempengaruhi keputusan eksperimen.
Sekiranya soalan dibekalkan jadual,ketiga-tiga pembolehubah itu dapat
dilihat dengan jelas.
Contohnya:-
Pembolehubah
dimalarkan
|
Pembolehubah
dimanipulasikan
|
Pembolehubah
bergerakbalas
|
Isipadu air awal
(ml)
|
Bil ketulan ais yg
dimasukkan
|
Isipadu akhir air
(ml)
|
100
|
1
|
115
|
100
|
2
|
130
|
100
|
3
|
145
|
Terima kasih,cikgu.Setelah membaca penerangan yang diberi oleh cikgu,saya sudah dapat tangkap apa itu pembolehubah dimalarkan,pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas.
ReplyDeleteCikgu,selain pembolehubah, cikgu boleh memberi tunjukajar teknik tujuan,pola,kesimpulan,inferens dan sebagainya.
ReplyDeleteCikgu,maklumat yang dipaparkan amat membantu.Sekarang baru saya tahu bahawa menjawab soalan bahagian B memerlukan teknik.Sebelum ini,saya langsung tidak dapat mengajar anak saya.Sekarang,untuk menjawab soalan pembolehubah ,bolehlah saya mengajar anak saya dengan senang.Saya juga harap cikgu dapat menunjukkan teknik menjawab yang lain seperti yang disebut oleh chen huiying.Terima kasih .
ReplyDeleteSaya sangat gembira kerana blog saya dapat membantu.Tentang teknik menjawab proses Sains yang lain.Saya akan cuba.Sila ikuti maklumat yang akan saya upload pada masa akan datang.
ReplyDeleteTerima kasih di atas penerangan cikgu,blog cikgu sangat membantu
ReplyDeletecikgu bleh tlg terangkan tentang pola,inferens,kesimpulannyya dan banyak lagi bleh?
ReplyDelete