Tuesday 27 November 2012

Teknik Menjawab Soalan Bahagian B



Apa itu pembolehubah?    
Pembolehubah ialah perkara-perkara yang perlu ada dalam sesuatu eksperimen dan dapat mempengaruhi hasil atau keputusan eksperimen.

Pembolehubah dimanipulasi (things to be changed)
Perkara yang berbeza,berlainan atau tidak sama sebelum eksperimen dijalankan seperti saiz,bentuk,bilangan,suhu dan sebagainya.

Pembolehubah bergerak balas (things to be observed)
Perkara-perkara yang bertindak balas ,perkara yang berbeza,berlainan atau tidak sama selepas eksperimen dijalankan.Biasanya adalah hasil keputusan eksperimen.

Pembolehubah dimalarkan (things kept the same)
Perkara yang sama,tidak berubah sepanjang eksperimen dijalankan.Ia perlu ditetapkan agar tidak mempengaruhi keputusan eksperimen.

Sekiranya soalan dibekalkan jadual,ketiga-tiga pembolehubah itu dapat dilihat dengan jelas.
Contohnya:-
Pembolehubah dimalarkan
Pembolehubah dimanipulasikan
Pembolehubah bergerakbalas
Isipadu air awal (ml)
Bil ketulan ais yg dimasukkan
Isipadu akhir air (ml)
100
1
115
100
2
130
100
3
145

Selamat maju jaya!     

6 comments:

  1. Terima kasih,cikgu.Setelah membaca penerangan yang diberi oleh cikgu,saya sudah dapat tangkap apa itu pembolehubah dimalarkan,pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas.

    ReplyDelete
  2. Cikgu,selain pembolehubah, cikgu boleh memberi tunjukajar teknik tujuan,pola,kesimpulan,inferens dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Cikgu,maklumat yang dipaparkan amat membantu.Sekarang baru saya tahu bahawa menjawab soalan bahagian B memerlukan teknik.Sebelum ini,saya langsung tidak dapat mengajar anak saya.Sekarang,untuk menjawab soalan pembolehubah ,bolehlah saya mengajar anak saya dengan senang.Saya juga harap cikgu dapat menunjukkan teknik menjawab yang lain seperti yang disebut oleh chen huiying.Terima kasih .

    ReplyDelete
  4. Saya sangat gembira kerana blog saya dapat membantu.Tentang teknik menjawab proses Sains yang lain.Saya akan cuba.Sila ikuti maklumat yang akan saya upload pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas penerangan cikgu,blog cikgu sangat membantu

    ReplyDelete
  6. cikgu bleh tlg terangkan tentang pola,inferens,kesimpulannyya dan banyak lagi bleh?

    ReplyDelete